Paul Ooi is TM Net Complaint Ambassador

This evening I got an email from a sender. I feel odd when I saw the recipient email addresses are TM Net customer care, Utusan, TV3, Berita Harian, TM Net’s CEO and PAUL OOI.

This is not the first I received such complaint email and CCed into me. I guess my kawan here want to share some suckie TM Net services, express his unsatisfied feeling to TM Net and share with our fellow Malaysian’s streamyx users or streamyx wanna be user.

Kawan Azizi, kecewaan pada perkhidmatan TM Net adalah biasa kepada pengguna Streamyx. Ini hanya permulaan, bila kawan mula guna perkhidmatan Streamyx, kawan akan mula kecewa dengan internet yang “sangat laju” ini. Ia laju sampai you tidak akan percaya. Cuba layar www.soccernet.com, ia hanya guna 45 saat untuk buka muka suratnya..

Laju tak? Suka tak? Inilah TM, Merintis Kecewaan Rakyat Malaysia. Saya langgan 1mbps tapi maksimum hanya dapat 65kBps, TM Net ini kononkan? Biasa la kawan… Ini Telekom, dia sudah monopoli kat tanah air kita.

Assalamualaikum,

Saya adalah salah seorang pelanggan TM Net Streamyx yang telah mengisi borang permohonan pada 4hb Disember 2006 di Ibusawat Telekom Bandar Jengka. Diselia oleh En Hassan Bin Him yg telah melayan permohonan saya. Setelah mengisi borang permohonan Streamyx tersebut saya bertanyakan tempoh untuk saya mendapat perkhidmatan Streamyx tersebut. Menurutnya kurang dari seminggu dan peralatan seperti modem boleh dihantar atau diambil sendiri.

Saya membuat keputusan untuk mengambil sendiri peralatan tersebut dan En. Hassan mengatakan bahawa akan menghubungi saya setelah urusan itu berjalan. Malangnya setelah saya memeriksa status permohonan Streamyx saya melalui SMS yang menunjukkan bahawa permohonan saya telah pon diterima pada 6hb Disember 2006 saya sendiri mengambil inisiatif menghubungi En. Hassan untuk bertanyakan peralatan Streamyx saya. Menurutnya mereka yang bertugas tidak ada dan minta saya bersabar dan akan menghubungi saya kelak.

Setelah menunggu selama 6 hari akhirnya pada 12hb Disember 2006 saya sekali lagi menghubungi En. Hassan bertanyakan soalan yang sama. Namun apa yang saya dapat adalah no telefon pegawai telekom dari kuantan yang bernama En Bala yang menurutnya menguruskan pemasangan Streamyx saya. Lantas saya terus menghubungi En Bala tersebut bertanyakan status pemasangan Streamyx saya.Info yg diberikan adalah amat mengembirakan, pemasangan akan dibuat oleh kontraktor pada keesokan hari dan kontraktor tersebut akan menghubungi saya. Memandangkan tiada sebarang berita atau panggilan yg saya dapat akhirnya saya sendiri sekali lagi membuat panggilan pada 15hb Disember 2006. Malangnya En Bala bercuti dan saya diberikan no bimbitnya untuk dihubungi memandangkan tiada siapa pun yg dapat membantu saya setelah saya mengajukan tentang siapa yg boleh memberikan saya jawapan selain En Bala.

Lantas saya menghubungi En Bala dengan segera bertanyakan status permohonan saya tetapi hampa saya hanya diminta menghubungi Pn Nor dibahagian Jualan untuk mendapatkan kepastian. Tanpa berlengah lagi saya terus mendail dan bertanyakan tentang pemasangan Streamyx saya. Tetapi keadaan yg sama juga berulang,saya diberikan no kontraktor yg akan memasang Streamyx saya iaitu En Khairul Azmi tetapi menurut Pn Nor pemasangan akan dibuat pada hari tersebut iaitu 15hb Disember 2006 oleh kontraktor. Pn Nor meminta saya menghubungi kontraktor tersebut untuk bertanyakan tentang pemasangan Streamyx saya. Juga,saya menghubungi kontraktor tersebut untuk mengesahkan pemasangan streamyx saya pada 15hb Disember 2006. Bertambah-tambah malang lagi, menurut kontraktor tersebut ada 3 pemasangan di Jengka termasuk saya yg sepatutnya dibuat pada 15hb tersebut tetapi memandangkan pelanggan di Jengka yang lain meminta penangguhan maka pemasangan saya juga ditangguhkan sekali!. Apabila ditanyakan bila pemasangan akan dibuat kontraktor memaklumkan MUNGKIN pada 18hb atau 19hb Disember ini.

Pemohonan dan pemasangan sahaja sudah mengambil masa hampir 3 minggu! itu belum pun aktifkan Streamyx lagi. Saya cukup terkilan dan kecewa dengan perkhidmatan yang saya terima. Bilakah perkhidmatan awam kita akan maju jikalau sikap sebegini masih ada dikalangan org kita sedangkan syarikat komunikasi swasta yg lain amat mementingkan dan menjaga pelanggan mereka? Jawapannya adalah tidak mungkin dengan perkhidmatan yang sebegini…..

3 comments

  1. Hmm…do you think there is any possibility to gather thousands of Streamyx users to pull the plug on Streamyx? I wish to see such a day…because it’s like a light at the end of the tunnel to me.

    Their support sucks, no intergration, no process, no Service Level, no urgency, no matter what you do….you’ll get NO, WE CAN HELP YOU. Streamyx….way to GO man….DOWN THE DRAIN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *